Assalamualaikum,
Alhamdulillah,Allah Azza Wa Jalla masih memberi peluang kepada diri selaku makhluk-Nya untuk bernafas dan masih berada dalam iman dan islam
Seperti yang kalian ketahui bahawa sekarang ini saya dan kalian berada dalam satu bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh kalian dan umat Islam yang lain iaitu bulan RabiulAwwal. Bulan RabiulAwwal merupakan satu bulan yang sangat mulia kerana di bulan inilah lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat pelbagai cara untuk kita semua meningkatkan rasa mahabbah kita kepada Baginda Salallahualaihiwasalam. Antaranya ialah dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda. Selain itu,mengamalkan sunnah baginda juga salah satu cara kita mempertingkatkan mahabbah kita kepada Baginda. Ketahuilah kalian semua bahawa Baginda Junjungan Besar Rasulullah S.A.W sahajalah yang mampu memberi syafaat kepada kita semua hari akhirat kelak. Untuk itu marilah sama-sama kita tingkatkan mahabbah kita kepada Baginda.
Ayuh kita kenang semula kelahiran Baginda dan juga kita kenang semula perjuangan Baginda menyampaikan dakwah Islamiyyah agar kita sebagai duat mampu mencontohi Baginda dalam uslub kita menyampaikan dakwah kepada madu'u sekeliling kita. Berusahalah agar kita mampu menjadi qudwah hasanah seperti Baginda yang menjadi uswah hasanah di zaman beliau hingga sekarang, Hattakan hampir kesemua ilmuan Barat mengakui betapa mulianya pekerti Baginda Salallahualaihiwasallam.
Ayuh,tingkatkan amal demi mencapai mardhotillah
Wallahua'lam
Al-Faqir Insan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan