Selasa, 31 Januari 2012

Rabiul Muhibbin......1433Hijriah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,Allah Azza Wa Jalla masih memberi peluang kepada diri selaku makhluk-Nya untuk bernafas dan masih berada dalam iman dan islam

Seperti yang kalian ketahui bahawa sekarang ini saya dan kalian berada dalam satu bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh kalian dan umat Islam yang lain iaitu bulan RabiulAwwal. Bulan RabiulAwwal merupakan satu bulan yang sangat mulia kerana di bulan inilah lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat pelbagai cara untuk kita semua meningkatkan rasa mahabbah kita kepada Baginda Salallahualaihiwasalam. Antaranya ialah dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda. Selain itu,mengamalkan sunnah baginda juga salah satu cara kita mempertingkatkan mahabbah kita kepada Baginda. Ketahuilah kalian semua bahawa Baginda Junjungan Besar Rasulullah S.A.W sahajalah yang mampu memberi syafaat kepada kita semua hari akhirat kelak. Untuk itu marilah sama-sama kita tingkatkan mahabbah kita kepada Baginda.

Ayuh kita kenang semula kelahiran Baginda dan juga kita kenang semula perjuangan Baginda menyampaikan dakwah Islamiyyah agar kita sebagai duat mampu mencontohi Baginda dalam uslub kita menyampaikan dakwah kepada madu'u sekeliling kita. Berusahalah agar kita mampu menjadi qudwah hasanah seperti Baginda yang menjadi uswah hasanah di zaman beliau hingga sekarang, Hattakan hampir kesemua ilmuan Barat mengakui betapa mulianya pekerti Baginda Salallahualaihiwasallam.

Ayuh,tingkatkan amal demi mencapai mardhotillah

Wallahua'lam
Al-Faqir Insan

Selasa, 24 Januari 2012

baitul muslim part 1




Assalamualaikum,
Apa itu baitul muslim.persoalan ini sering berlegar-legar di ruang lingkup akal diri ini.kerana apa perkara ini sering bermain-main di akal.jawapannya kerana hati empunya blog juga berniat untuk membina bait muslim yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan insan sekeliling.

ketahuilah bahawa sesungguhnya baitul muslim ini merupakan marhalah kedua dalam pembinaan daulah islamiyyah selepas fardul muslim.dan kalian jangan menganggap bahawa baitul muslim ini merupakan perkara yang boleh dipandang enteng.Saudara Hilal Asyraf seorang senior di Universiti Yarmouk dalam bukunya Langit Ilahi:Fanzuru menyatakan bahawa Baitul Muslim ini sebenarnya satu konsep dalam setiap insan melihat keperluan membina sebuah keluarga yang mendapat redha Ilahi.Jadi yakinlah bahawa baitul muslim ini merupakan satu konsep yang amat berat tetapi seringkali diungkapkan oleh umat Islam masakini.

kadang-kadang ramai insan menyatakan cara untuk membina baitul muslim ini adalah dengan memilih pasangan yang sama fikrah perjuangannya.Namun perkara ini telah diulas oleh Al-Fadhil Ust Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya Aku Terima Nikahnya 3 memilih pasangan sefikrah ini satu perkara yang baik namun kalau selepas terbinanya baitul muslim ini,seseorang itu mula gugur di medan dakwah,ia menjadi satu kerugian.

Diri ini juga bercita-cita hendak membina baitul muslim seperti yang disebutkan di atas,tetapi menjadi satu kewajipan kepada diri untuk mengislahkan diri dan mempertingkatkan amal ibadat.sesungguhnya lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.begitulah dengan sebaliknya.Insyaallah,tunggu part Baitul Muslim yang kedua.


Ayuh, islahkan diri,tingkatkan amal ibadat demi mencapai mardhotillah!!!!!!!

WALLAHUA'LAM
al-faqir insan

Ahad, 22 Januari 2012

MAFRAQ............

kali kedua menziarahi Mafraq.saja la nk penuhi cuti semester pertama thn nie dgn meronda2 sekeliling jordan.


bukan apa,kadang-kadang meronda2 nie bertujuan mencari ketenangan dan mentadabbur ciptaan ALLAH AZZA WA JALLA.

hari tu pi mu'tah dgn penuh harapan untuk main salji,tp apakah daya salji yg ditunggu-tunggu x kunjung tiba.mungkin ada hikmahnya diri ini tidak diberi peluang utk bermain salji setakat ini.

tapi hati ini masih berkobar-kobar nk main salji sbb peluang main salji bukan senang nak dapat
lagi pun kalau dh masuk semester kedua,mesti diri ini dah mula sibuk disebabkan pelbagai faktor
antaranya:

1)subjek yang akan dibelajar semakin bertambah
2)nak cari peluang untuk bertalaqqi ilmu ad-deen dengan lebih kerap imma di masjid universiti waimma di tempat lain.asalkan ilmu yang dikutip itu tidak bercanggah dengan manhaj ASWJ dan 4 imam mazhab fiqh.


jadi,peluang yang ada sekarang harus digunakan sebaik-baiknya.

ayuh,mari tingkatkan amal ibadat demi mencapai mardhotillah!!!!!!!!!!

WALLAHUA'LAM

Sabtu, 21 Januari 2012

pertama kali......

Alhamdulillah,
pertama kali menceburkan diri dalam dunia blogger.jadi anggaplah diri ku ini seperti yang tidak faham dan masih tidak menguasai bidang IT.Kenapa diri ini mencipta halaman ini.Jawapan kepada soalan ini hanya empunya badan sahaja yang mengetahuinya.


ALANGKAH INDAHNYA HIDUP DIRI INI SEBAGAI SEORANG BLOGGER YANG MASIH MENTAH DALAM BIDANG INI DIBERI TUNJUK AJAR OLEH BLOGGER-BLOGGER LAIN BAGI MENAIK TARAF DAN MEMPERTINGKATKAN KEUPAYAAN DIRI DALAM DUNIA INI


Ayuh,mari menjadi hamba yang diredhai ALLAH AZZA WA JALLA dunia akhirat.....

WALLAHUA'ALAM