Selasa, 24 Januari 2012

baitul muslim part 1




Assalamualaikum,
Apa itu baitul muslim.persoalan ini sering berlegar-legar di ruang lingkup akal diri ini.kerana apa perkara ini sering bermain-main di akal.jawapannya kerana hati empunya blog juga berniat untuk membina bait muslim yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan insan sekeliling.

ketahuilah bahawa sesungguhnya baitul muslim ini merupakan marhalah kedua dalam pembinaan daulah islamiyyah selepas fardul muslim.dan kalian jangan menganggap bahawa baitul muslim ini merupakan perkara yang boleh dipandang enteng.Saudara Hilal Asyraf seorang senior di Universiti Yarmouk dalam bukunya Langit Ilahi:Fanzuru menyatakan bahawa Baitul Muslim ini sebenarnya satu konsep dalam setiap insan melihat keperluan membina sebuah keluarga yang mendapat redha Ilahi.Jadi yakinlah bahawa baitul muslim ini merupakan satu konsep yang amat berat tetapi seringkali diungkapkan oleh umat Islam masakini.

kadang-kadang ramai insan menyatakan cara untuk membina baitul muslim ini adalah dengan memilih pasangan yang sama fikrah perjuangannya.Namun perkara ini telah diulas oleh Al-Fadhil Ust Hasrizal Abdul Jamil dalam bukunya Aku Terima Nikahnya 3 memilih pasangan sefikrah ini satu perkara yang baik namun kalau selepas terbinanya baitul muslim ini,seseorang itu mula gugur di medan dakwah,ia menjadi satu kerugian.

Diri ini juga bercita-cita hendak membina baitul muslim seperti yang disebutkan di atas,tetapi menjadi satu kewajipan kepada diri untuk mengislahkan diri dan mempertingkatkan amal ibadat.sesungguhnya lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik.begitulah dengan sebaliknya.Insyaallah,tunggu part Baitul Muslim yang kedua.


Ayuh, islahkan diri,tingkatkan amal ibadat demi mencapai mardhotillah!!!!!!!

WALLAHUA'LAM
al-faqir insan

Tiada ulasan: