Ahad, 11 November 2012

Kepentingan Tarbiyyah

Bismillah

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,setelah sekian lama jari-jemari tidak mengetuk keyboard,akhirnya diberi peluang oleh ALLAH untuk mengetuknya kembali... Insyaallah,entry kali ini ingin menceritakan mengenai kepentingan tarbiyyah dalam diri setiap insan yang berintima' dengan jamaah Islam...

Bagi setiap insan yang berintima' dengan jamaah Islam,teras intima' itu mestilah disebabkan dengan tarbiyyah yang jitu untuk mengelakkan kecelaruan minda dan sebagainya.. Tarbiyyah juga memainkan peranan penting sebagai satu penggerak dalam setiap diri setiap pejuang agama ALLAH agar mengetahui bahawa perjuangan ini tidak menjanjikan apa-apa kemewahan dunia melainkan hanya syurga ALLAH TAALA sahaja.Namun untuk mendapatkan syurga ALLAH itu,ikhlas merupakan teras kepada itu.

Tarbiyyah yang mantap akan menjanjikan setiap pejuang itu Insyaallah akan berjaya mencapai "10 fardul muslim" yang digariskan oleh Syeikh Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah. Berapa ramai yang berjuang bersama jemaah Islam,namun tidak mendapat tarbiyyah yang jitu,akhirnya gugur begitu sahaja. Bahkan,kurangnya tarbiyyah itu menyebabkan ramai insan beranggapan intima' mereka ialah demi mendapatkan kemasyhuran dari setiap insan sekeliling mereka.Mereka tidak sedar bahawa anggapan mereka itu kurang betul.Kerana memang menjadi Sunnatullah bahawa orang yang berjuang,pasti tidak mendapat nama dalam kalangan manusia,bahkan semakin mendapat cacian dan celaan oleh manusia sekeliling..

Salah satu cara pentarbiyyahan yang mantap adalah melalui penglibatan diri dalam usrah. Usrah merupakan asas pertama dalam diri demi mencapai fardul muslim. Betapa ramai ulama' haraki mengatakan bahawa usrah itu merupakan satu asas kehidupan setiap insan apatah lagi bagi mereka yang berintima' dengan jemaah Islam. Usrah sangat memainkan peranan bagi setiap pejuang Islam dalam menanam pemahaman yang sahih dan tidak diganggu dengan anasir-anasir yang mampu memecahbelahkan jemaah. Moga-moga hasil penglibatan dalam usrah berjaya melahirkan insan yang sempurna fardul muslimnya seterusnya meningkat naik martabatnya seperti yang digariskan dalam maratibul amal.


Insyaallah,moga-moga diri ini terus bersedia ditarbiyyah dan thabat dalam perjuangan menegakkan agama-Nya.

*Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.

*Ayuh capai redha ALLAH

Luqman Ul-Hakiim
Bayt Andalus,Irbid
12/11/2012