Ahad, 11 November 2012

Kepentingan Tarbiyyah

Bismillah

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah,setelah sekian lama jari-jemari tidak mengetuk keyboard,akhirnya diberi peluang oleh ALLAH untuk mengetuknya kembali... Insyaallah,entry kali ini ingin menceritakan mengenai kepentingan tarbiyyah dalam diri setiap insan yang berintima' dengan jamaah Islam...

Bagi setiap insan yang berintima' dengan jamaah Islam,teras intima' itu mestilah disebabkan dengan tarbiyyah yang jitu untuk mengelakkan kecelaruan minda dan sebagainya.. Tarbiyyah juga memainkan peranan penting sebagai satu penggerak dalam setiap diri setiap pejuang agama ALLAH agar mengetahui bahawa perjuangan ini tidak menjanjikan apa-apa kemewahan dunia melainkan hanya syurga ALLAH TAALA sahaja.Namun untuk mendapatkan syurga ALLAH itu,ikhlas merupakan teras kepada itu.

Tarbiyyah yang mantap akan menjanjikan setiap pejuang itu Insyaallah akan berjaya mencapai "10 fardul muslim" yang digariskan oleh Syeikh Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah. Berapa ramai yang berjuang bersama jemaah Islam,namun tidak mendapat tarbiyyah yang jitu,akhirnya gugur begitu sahaja. Bahkan,kurangnya tarbiyyah itu menyebabkan ramai insan beranggapan intima' mereka ialah demi mendapatkan kemasyhuran dari setiap insan sekeliling mereka.Mereka tidak sedar bahawa anggapan mereka itu kurang betul.Kerana memang menjadi Sunnatullah bahawa orang yang berjuang,pasti tidak mendapat nama dalam kalangan manusia,bahkan semakin mendapat cacian dan celaan oleh manusia sekeliling..

Salah satu cara pentarbiyyahan yang mantap adalah melalui penglibatan diri dalam usrah. Usrah merupakan asas pertama dalam diri demi mencapai fardul muslim. Betapa ramai ulama' haraki mengatakan bahawa usrah itu merupakan satu asas kehidupan setiap insan apatah lagi bagi mereka yang berintima' dengan jemaah Islam. Usrah sangat memainkan peranan bagi setiap pejuang Islam dalam menanam pemahaman yang sahih dan tidak diganggu dengan anasir-anasir yang mampu memecahbelahkan jemaah. Moga-moga hasil penglibatan dalam usrah berjaya melahirkan insan yang sempurna fardul muslimnya seterusnya meningkat naik martabatnya seperti yang digariskan dalam maratibul amal.


Insyaallah,moga-moga diri ini terus bersedia ditarbiyyah dan thabat dalam perjuangan menegakkan agama-Nya.

*Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.

*Ayuh capai redha ALLAH

Luqman Ul-Hakiim
Bayt Andalus,Irbid
12/11/2012




Jumaat, 6 Julai 2012

THABAT DAN FUTUR

BISMILLAH

Alhamdulillah wa syukru lillah,

Sekarang Luqman sedang berjuang menuntut ilmu ad-deen di kala musim panas tahun ini. Kadangkala apabila diri ini sedang belajar dan sedang menghadiri kelas-kelas di jami3ah mahupun kelas-kelas luar dalam keadaan panas dgn cuaca yang sangat membahang,hati pernah terdetik untuk tidak lagi menghadiri kelas ataupun ghiab dari kelas-kelas tersebut.maka disebabkan itulah,diri ini terdetik untuk membicarakan berkaitan istilah "thabat wa futur".

Thabat ialah satu istilah yang bermaksud "tetap". "Futur" pula bermaksud "gugur" ataupun "lemah". Apabila diri ini ditaklifkan untuk menjadi penuntut ilmu ALLAH dan pejuang agama ALLAH,maka wajar bagi setiap insan untuk terus berusaha meletakkan diri mereka thabat dalam berjuang.Namun adakalanya hati manusia yang mudah tertarik dengtan tipu daya syaitan sudah tentu menyebabkan manusia itu mula berasa kecundang dan lemah. 

Terjadinya "futur" ini disebabkan beberapa faktor antaranya:

1)Tidak mendekatkan diri dengan ulama' atau orang-orang yang soleh di sisi ALLAH
2)Kalau bagi pasangan yang berkahwin,"futur" ini terjadi adakalanya kerana isteri atau suami yang dinikahi itu bukanlah sefikrah. Adapun bagi yang berkahwin walaupun berfikrahkan perjuangan yang sama,lemah ini mula terjadi apabila berlaku sesuatu peristiwa sama ada peristiwa itu bail ataupun tidak. Seelok-eloknya pasangan yang berfikrahkan perjuangan yang sama hendaklah menyediakan diri untuk ditarbiyyah walaupun sudah mendirikan rumahtangga.Janganlah bagi ikhwah atau akhawat yang berkahwin ini menjadikan alasan membina rumahtangga itu sebagai salah satu faktor mereka kecundang dalam pengajian ataupun perjuangan.Sedangkan pembinaan baitulmuslim dengan insan yang sama fikrahnya itu adalah baik demi memastikan hadaf perjuangan atau pengajian itu tercapai.

Ini adalah doa yang diajar oleh Baginda Rasul Salallahualaihiwasallam kepada kita selaku ummatnya:

اللهم يا مقلب القلوب ثبِ قلوبنا على دينك و على طاعتك

Sekian Wallahua3lam

* Perjuangan itu pahit kerana syurga itu manis
* Moga sama-sama beroleh redha Illahi

Ahad, 17 Jun 2012

BERMULANYA SEMESTER MUSIM PANAS

Bismillah

Alhamdulillah wa syukru lillah

Pada hari nie,Luqman dn sahabat2 akn meneruskan perjuangan untuk menempuh pengajian di semester pendek musim panas nie.. Insyaallah, Luqman telah mendaftar 3 subjek/madah untuk dipelajari pada semester kali ini. Untuk penegtahuan semua,sistem pendaftaran subjek di Yarmouk University adalah melalui sistem online..Begitu juga dgn semua universiti yg wujudnya pelajar Melayu di universiti tersebut.. Adakalanya sistem ini memudahkan dan adakalanya menyusahkan. Susahnya sistem ini kepada sebahagian mahasiswa yg menggunakan kemudahan internet yg agak slow bahkan lembap.

terpaku dgn kata2 seorang sahabat
" rugilah orang yang ghiab tanpa sebab"

kata2 ini wajar dijadikan inspirasi untuk mengelakkan diri daripada ponteng kelas sesuka hati tanpa sebab.
Ayuh sahabat-sahabat elakkan diri kalian dari ghiab dari kelas tanpa alasan yg kukuh.

Sekian

* Menempuh musim panas dgn Irbid semakin sunyi daripada pelajar Malaysia
*Bye-bye,doakan saya

Isnin, 11 Jun 2012

CUTI SEMESTER

Bismillah,


Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis setelah berbulan-bulan bercuti dari menjadi seorang blogger. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk memulakan semester pendek musim panas kali pertama sepanjang bergelar mahasiswa Universiti Yarmouk. Alhamdulillah juga kerana pada cuti semester kali ini,diri ini masih diberi peluang menjadi "dhuyoof ar-rahman" bersama sahabat-sahabat seperjuangan selama sepuluh hari.

Betapa gembiranya hati ini apabila Allah telah memilih untuk menjadi tetamu-Nya. Alhamdulillah wa syukru lillah kerana turut dipilih untuk menjejakkan kaki di bumi Tayyibah iaitu bumi Rasulullah. Pada cuti semester kali ini,tidaklah Luqman menyertai mana-mana aktiviti melainkan menjadi dhuyoof ar-rahman sahaja. Namun Insyaallah bermula semester musim panas akan datang,Luqman akan memulakan kelas talaqqi bersama sahabat-sahabat mengenai satu ilmu yang amat penting kepada kami sebagai mahasiswa-mahasiswa Syariah iaitu ilmu Usul Fiqh. Insyaallah kami akan menadah kitab bersama seoarang alim rabbani berjiwa haraki iaitu Syeikh Abu Umar Hammam Twalbeh,seorang pegawai di Darul Ifta' Jordan. Di semester yang lalu, alhamdulillah kami sudah berkesempatan menadah kitab " Mukhtasar Latiff fi Fiqh Syafie" bersama beliau sehingga berjaya menamatkan kitab tersebut.

Dan inilah gambar-gambar Luqman bersama sahabat-sahabat seperjuangan sepanjang menjadi "dhuyoof ar-rahman". Insyaallah Luqman memasang azam untuk menjejakkan kaki lagi di Haramain buat kali kedua


                                      *bersama Aizat,Yuhakim,Ariff,Hannan,Ainuddin dan Izzuddin
                                        di perkarangan Masjid Nabawi As-Syarif




                                   *Ariff,Ilham dan Hannan bersama saya di perkarangan Masjid
                                    Nabawi As-Syariff




                                       * Labbaika ya Rasulallah. Kubah Hijau yang dibawahnya terletak
                                         maqam baginda Rasulullah



                                   *kami ketika menziarahi Jabal Uhud dan maqam syuhada'
                                     Uhud. khali seketika mengimbau perjuangan as-saabiqunal
                                     awwalun demi menegakkan Islam



    Moga masih diberi peluang untuk ke sana....Doakan saya dan sahabat-sahabat agar diberi kekuatan menempuh semester musim panas.

*Irbid semakin sunyi



Sabtu, 3 Mac 2012

PERTAMA VI 2012......................

ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah, Luqman masih diberi peluang oleh ALLAH AZZA WA JALLA untuk menikmati islam dan iman...begitu juga dengan kalian. Alhamdulillah juga walaupun esok Luqman akan menghadapi peperiksaan pertama universiti untuk semester ini,Luqman masih berpeluang untuk menulis kali ini......mungkin Luqman tidak akan mengemaskini blog selama dua minggu bagi menghadapi persiapan sempena peperiksaan kali ini. Kali ini Luqman nak cerita kepada kalian satu program berskala besar yang Luqman berpeluang menyertainya pada tarikh 24-25 Februari yang lalu. Program tersebut bernama Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Ke-6 ( PERTAMA VI ). Program terebut yang berlangsung selama 2 hari bertemakan "Media dan Hiburan: Urgensi dan Cabaran Semasa" telah menampilkan dua sosok yang terlibat dengan seni dan hiburan di Malaysia iaitu Prof Madya Abu Hassan Hasbollah dan Ustaz Nazrey Johani (RAIHAN) dan juga seorang calon PHD di WISE University yang tidak asing bagi mahasiswa di Jordan iaitu Ustaz Anhar Bin Opir.

Program anjuran Education Malaysia Jordan ( EMJ ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang dipengerusi oleh Ustaz Hussin Bin Fauzi telah mencapai beberapa resolusi setelah bersidang dan mendengar lima pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh tokoh-tokoh tersebut.

Resolusi tersebut ialah :

1) MPPMJ perlu menubuhkan kelab media se-Jordan yang mempunyai hubungan langsung dengan industri hiburan tanah air.

2) MPPMJ perlu memperkasakan gerakan media rasmi sebagai wadah bagi mengetengahkan hiburan sebenar Islam.

3) MPPMJ mewakili suara mahasiswa Jordan perlu menyerahkan memorandum kebebasan media di Malaysia kepada pihak berwajib.

Luqman juga masih teringat kata-kata Prof Madya Abu Hassan Hasbollah bahawa media alternatif seperti blog semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Jadi Luqman merasakan blog sekarang merupakan wadah terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang sedang ditipu oleh sesetengah pihak terutama dalam isu politik. Blogger juga harus menggunakan peluang ini untuk berdakwah kepada bukan Islam. Ustaz Anhar juga menyebut seseorang itu mampu juga berdakwah dengan berblog.

Akhir sekali, doakan kejayaan Luqman dan sahabat-sahabat yang lain dalam peperiksaan yang akan ditempuhi.

Ayuh, islahkan diri demi mencapai mardhotillah!!!
WALLAHUA'LAM
al-faqir insan

Sabtu, 4 Februari 2012

MAULID NABAWI 1433H

Alhamdulillah...........
ALLAH AZZA WA JALLA masih memberikan peluang untuk diri ini bernafas dan menikmati dua nikmat yang besart iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah juga diri ini panjatkan kerana masih diberi peluang untuk berada di satu bulan yang mulia yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam.

Diri ini berasa bertuah kerana diri ini diberi peluang oleh Rabbul Jalil untuk menyambut salah satu hari bersejarah dalam Islam iaitu Maulid Nabawi Salallahualaihiwasallam yang pertama ketika berada di Tanah Syam.

Syeikh Safiyurrahman Al-Mubarakfuri dalam kitabnya Ar-Raheeq Al-Makhtum telah menceritakan tentang keperihalan kelahiran Baginda Salallahualaihiwasallam,Imam Busairi dalam qasidahnya juga telah menceritakan akan kelahiran Baginda. Ketahuilah kalian semua bahawa Bagindalah insan pertama yang diberi nama Muhammad dalam kalangan bangsa Arab ketika itu. Nama itu juga telah disebut-sebut dalam kitab Taurat dan Injil. Insan inilah yang telah banyak berkorban agar kita sebagai umatnya sentiasa mendapat limpahan rahmat Allah dan berada dalam naungan Ilahi.

Insyaallah,tanggal 14 Februari ini akan berlangsung satu ihtifal bersempena dengan Maulid Nabawi di tempat hamba belajar sekarang iaitu Irbid.Moga-moga tanggal ini berbeza dengan tanggal ini di Malaysia. Kalau di Malaysia,pada tarikh ini akan terjadi satu sambutan besar-besaran bersempena Hari Kekasih@Valentine's Day.Majl;is Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum menyambut sambutan Hari Kekasih ini haram atas illah-illah tertentu. Tetapi Insyaallah Bi Iznillah,pada tanggal ini akan  berlangsung satu ihtifal yang memuji-muji akan kelahiran Baginda. Doa-doakn agar program yang dirancang ini dapat dijayakan
dengan jayanya insyaallah









Ayuh,raih cinta Nabi Muhammad Salallahualaihiwasallam

WALLAHUA'LAM
Al-Faqir Hamba

Selasa, 31 Januari 2012

Rabiul Muhibbin......1433Hijriah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,Allah Azza Wa Jalla masih memberi peluang kepada diri selaku makhluk-Nya untuk bernafas dan masih berada dalam iman dan islam

Seperti yang kalian ketahui bahawa sekarang ini saya dan kalian berada dalam satu bulan yang sangat ditunggu-tunggu oleh kalian dan umat Islam yang lain iaitu bulan RabiulAwwal. Bulan RabiulAwwal merupakan satu bulan yang sangat mulia kerana di bulan inilah lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat pelbagai cara untuk kita semua meningkatkan rasa mahabbah kita kepada Baginda Salallahualaihiwasalam. Antaranya ialah dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda. Selain itu,mengamalkan sunnah baginda juga salah satu cara kita mempertingkatkan mahabbah kita kepada Baginda. Ketahuilah kalian semua bahawa Baginda Junjungan Besar Rasulullah S.A.W sahajalah yang mampu memberi syafaat kepada kita semua hari akhirat kelak. Untuk itu marilah sama-sama kita tingkatkan mahabbah kita kepada Baginda.

Ayuh kita kenang semula kelahiran Baginda dan juga kita kenang semula perjuangan Baginda menyampaikan dakwah Islamiyyah agar kita sebagai duat mampu mencontohi Baginda dalam uslub kita menyampaikan dakwah kepada madu'u sekeliling kita. Berusahalah agar kita mampu menjadi qudwah hasanah seperti Baginda yang menjadi uswah hasanah di zaman beliau hingga sekarang, Hattakan hampir kesemua ilmuan Barat mengakui betapa mulianya pekerti Baginda Salallahualaihiwasallam.

Ayuh,tingkatkan amal demi mencapai mardhotillah

Wallahua'lam
Al-Faqir Insan