ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, Luqman masih diberi peluang oleh ALLAH AZZA WA JALLA untuk menikmati islam dan iman...begitu juga dengan kalian. Alhamdulillah juga walaupun esok Luqman akan menghadapi peperiksaan pertama universiti untuk semester ini,Luqman masih berpeluang untuk menulis kali ini......mungkin Luqman tidak akan mengemaskini blog selama dua minggu bagi menghadapi persiapan sempena peperiksaan kali ini. Kali ini Luqman nak cerita kepada kalian satu program berskala besar yang Luqman berpeluang menyertainya pada tarikh 24-25 Februari yang lalu. Program tersebut bernama Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan Ke-6 ( PERTAMA VI ). Program terebut yang berlangsung selama 2 hari bertemakan "Media dan Hiburan: Urgensi dan Cabaran Semasa" telah menampilkan dua sosok yang terlibat dengan seni dan hiburan di Malaysia iaitu Prof Madya Abu Hassan Hasbollah dan Ustaz Nazrey Johani (RAIHAN) dan juga seorang calon PHD di WISE University yang tidak asing bagi mahasiswa di Jordan iaitu Ustaz Anhar Bin Opir.
Program anjuran Education Malaysia Jordan ( EMJ ) dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang dipengerusi oleh Ustaz Hussin Bin Fauzi telah mencapai beberapa resolusi setelah bersidang dan mendengar lima pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh tokoh-tokoh tersebut.
Resolusi tersebut ialah :
1) MPPMJ perlu menubuhkan kelab media se-Jordan yang mempunyai hubungan langsung dengan industri hiburan tanah air.
2) MPPMJ perlu memperkasakan gerakan media rasmi sebagai wadah bagi mengetengahkan hiburan sebenar Islam.
3) MPPMJ mewakili suara mahasiswa Jordan perlu menyerahkan memorandum kebebasan media di Malaysia kepada pihak berwajib.
Luqman juga masih teringat kata-kata Prof Madya Abu Hassan Hasbollah bahawa media alternatif seperti blog semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Jadi Luqman merasakan blog sekarang merupakan wadah terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat yang sedang ditipu oleh sesetengah pihak terutama dalam isu politik. Blogger juga harus menggunakan peluang ini untuk berdakwah kepada bukan Islam. Ustaz Anhar juga menyebut seseorang itu mampu juga berdakwah dengan berblog.
Akhir sekali, doakan kejayaan Luqman dan sahabat-sahabat yang lain dalam peperiksaan yang akan ditempuhi.
Ayuh, islahkan diri demi mencapai mardhotillah!!!
WALLAHUA'LAM
al-faqir insan