Bismillah,
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis setelah berbulan-bulan bercuti dari menjadi seorang blogger. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk memulakan semester pendek musim panas kali pertama sepanjang bergelar mahasiswa Universiti Yarmouk. Alhamdulillah juga kerana pada cuti semester kali ini,diri ini masih diberi peluang menjadi "dhuyoof ar-rahman" bersama sahabat-sahabat seperjuangan selama sepuluh hari.
Betapa gembiranya hati ini apabila Allah telah memilih untuk menjadi tetamu-Nya. Alhamdulillah wa syukru lillah kerana turut dipilih untuk menjejakkan kaki di bumi Tayyibah iaitu bumi Rasulullah. Pada cuti semester kali ini,tidaklah Luqman menyertai mana-mana aktiviti melainkan menjadi dhuyoof ar-rahman sahaja. Namun Insyaallah bermula semester musim panas akan datang,Luqman akan memulakan kelas talaqqi bersama sahabat-sahabat mengenai satu ilmu yang amat penting kepada kami sebagai mahasiswa-mahasiswa Syariah iaitu ilmu Usul Fiqh. Insyaallah kami akan menadah kitab bersama seoarang alim rabbani berjiwa haraki iaitu Syeikh Abu Umar Hammam Twalbeh,seorang pegawai di Darul Ifta' Jordan. Di semester yang lalu, alhamdulillah kami sudah berkesempatan menadah kitab " Mukhtasar Latiff fi Fiqh Syafie" bersama beliau sehingga berjaya menamatkan kitab tersebut.
Dan inilah gambar-gambar Luqman bersama sahabat-sahabat seperjuangan sepanjang menjadi "dhuyoof ar-rahman". Insyaallah Luqman memasang azam untuk menjejakkan kaki lagi di Haramain buat kali kedua
*bersama Aizat,Yuhakim,Ariff,Hannan,Ainuddin dan Izzuddin
di perkarangan Masjid Nabawi As-Syarif
*Ariff,Ilham dan Hannan bersama saya di perkarangan Masjid
Nabawi As-Syariff
* Labbaika ya Rasulallah. Kubah Hijau yang dibawahnya terletak
maqam baginda Rasulullah
*kami ketika menziarahi Jabal Uhud dan maqam syuhada'
Uhud. khali seketika mengimbau perjuangan as-saabiqunal
awwalun demi menegakkan Islam
Moga masih diberi peluang untuk ke sana....Doakan saya dan sahabat-sahabat agar diberi kekuatan menempuh semester musim panas.
*Irbid semakin sunyi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan